1. Pengenalan
Dalam kehidupan seharian, cecair merupakan salah satu elemen yang mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan kita sebagai makhluk di muka bumi ini. Ia ada dimana-mana dan sering digunakan untuk apa jua tujuan dan bidang. Menurut Kamus Dewan edisi-4, cecair merujuk kepada bahan yang cair sifatnya dan dapat mengalir dengan bebas tanpa bentuk tertentu, seperti air, minyak, bendalir badan, jus buah-buahan dan sebagainya. Kesemua cecair ini, biasanya diukur ataupun disukat dengan menentukan isipadunya cecair berkenaan.
Pada masa sekarang, terdapat pelbagai jenis alat penyukat yang boleh digunakan untuk mengukur isipadu cecair. Salah satu alat yang biasa digunakan oleh murid untuk menyukat atau mengukur isipadu cecair dengan tepat adalah silinder penyukat. Unit standard yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair adalah liter bagi jumlah isipadu cecair yang banyak dan mililiter untuk jumlah isipadu cecair yang lebih kecil. Pada topik kali ini, penulis akan membincangkan tentang bagaimana untuk menyukat dan menentukan isipadu cecair dengan betul kepada murid tahun 2.
Ini kerana, murid biasanya sering salah konsep dan anggapan dalam menentukan isipadu cecair. Mereka sering beranggapan bahawa cecair itu lebih banyak bila ia menunjukkan ketinggian yang lebih di dalam sesuatu silender penyukat, tanpa merujuk kepada isipadu cecair tersebut. Selain itu, bagi mengukuhkan kefahaman murid dalam pengukuran dan menentukan isipadu cecair, 2 jenis aktiviti dan bahan pembelajaran juga akan disentuh, khas untuk murid cerdas dan juga murid lemah. Semoga bahan yang disediakan boleh menjadi panduan yang berguna untuk rakan guru lain serta mendatangkan manfaat kepada murid - murid.
2. VIDEO - CARA-CARA MENGUKUR ISIPADU CECAIR
3. BAHAN PENGAJARAN UNTUK MENGUKUR ISIPADU CECAIR
3.1. BAHAN PENGAJARAN UNTUK KUMPULAN MURID CERDAS
i. guru menyediakan 4 buah stesen.
ii. setiap stesen disediakan dengan satu silender penyukat dan setiap kumpulan dikehendaki menyukat isipadu cecair yang telah disediakan oleh guru di setiap stesen menggunakan silender penyukat.
iii. setiap stesen mengandungi isipadu cecair di dalam bekas yang berlainan yang telah ditetapkan oleh guru isipadunya.
STESEN A.
i. guru menyediakan 4 buah stesen.
ii. setiap stesen disediakan dengan satu silender penyukat dan setiap kumpulan dikehendaki menyukat isipadu cecair yang telah disediakan oleh guru di setiap stesen menggunakan silender penyukat.
iii. setiap stesen mengandungi isipadu cecair di dalam bekas yang berlainan yang telah ditetapkan oleh guru isipadunya.
STESEN A.
STESEN B.
STESEN C.
STESEN D.
F. REKOD BACAAN SILENDER PENYUKAT DAN SOALAN YANG PERLU DI JAWAB DAN DIBENTANGKAN OLEH SETIAP KUMPULAN.
1. Rekodkan bacaan isipadu cecair untuk setiap stesen :
Stesen A : .....................liter
Stesen B : .....................liter
Stesen C : .....................liter
Stesen D : .....................liter
2. Stesen manakah yang menunjukkan isipadu cecair yang paling sedikit ?
3. Stesen manakah yang menunjukkan isipadu cecair yang paling banyak ?
3.2. BAHAN PENGAJARAN UNTUK KUMPULAN LEMAH
i. Guru menyediakan 4 buah stesen A, B, C dan stesen D.
ii. Setiap stesen mengandungi bikar yang telah diisi dengan cecair untuk direkodkan bacaan isipadu oleh setiap kumpulan.
STESEN A.
STESEN B.
STESEN D.
E. REKOD BACAAN ISIPADU YANG PERLU DIREKOD DAN DIJAWAB OLEH SETIAP KUMPULAN.
1. Berapakah isipadu air untuk setiap stesen :
Stesen A : ...................liter
Stesen B : ...................liter
Stesen C : ...................liter
Stesen D : ...................liter
2. Stesen manakah menunjukkan bacaan air yang paling banyak ?
3. Stesen manakah menunjukkan bacaan air paling sedikit ?
4. AKTIVITI PENGAJARAN ISIPADU CECAIR
4.1. AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK MURID CERDAS
Masa : 30 minit
Kelas : Tahun 2
Bilangan murid : 20 orang
BBM : silender penyukat, jug, cerek, besen, botol air, air, rekod bacaan, tayangan video.
Hasil pembelajaran : Diakhir pelajaran, murid boleh merekodkan bacaan isipadu cecair dengan tepat secara berkumpulan dan boleh membezakan isipadu cecair banyak atau sedikit.
Aktiviti :
1. Set induksi - murid melihat tayangan video cara-cara menyukat isipadu cecair.
2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyukat isipadu cecair yang disediakan disetiap stesen dan merekodkan bacaannya.
4. setiap kumpulan bergerak dari setiap stesen sehingga lengkap keempat-empat stesen.
5. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka dan menyatakan stesen mana yang isipadu cecairnya yang paling banyak atau sedikit.
6. Guru membuat rumusan
4.2. AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK MURID LEMAH
Masa : 30 minit
Kelas : Tahun 2
Bilangan Murid : 20 orang
BBM : silender penyukat, bikar, air, lembaran kerja.
Hasil pembelajaran : Diakhir pelajaran, murid boleh merekodkan bacaan isipadu cecair pada setiap stesen dan membezakan isipadu cecair yang paling banyak dan paling sedikit.
Aktiviti :
1. Set induksi : Guru menunjukkan beberapa jenis botol dan kotak minuman. Guru bersoal jawab dengan murid.
i. Nyatakan minuman kegemaran anda ?
ii. Jika anda meminum sekotak air bunga, berapa banyakkah jumlah isipadu air yang di minum?
iii. Guru menerangkan bahawa setiap kotak/ botol minuman mengandungi isipadu seperti pada label.
iv. Guru mengaitkan dengan pelajaran pada hari ini.
2. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah bikar dan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan demonstrasi mengukur isipadu cecair untuk bacaan 1liter, 2 liter, 3 liter, 4, liter menggunakan silender penyukat dan bikar. Ini diikuti oleh murid dalam kumpulan. Guru menekankan banyak atau sedikit cecair bergantung kepada jumlah isipadu dan bukan ketinggian bekas.
4. Permainan stesen- Menggunakan kumpulan yang sama, guru meminta setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan isipadu cecair yang telah disediakan disetiap stesen. Setiap kumpulan mencatatkan bacaan mereka dan menjawab soalan yang disediakan.
5. Setiap kumpulan membentangkan dapatan mereka.
6. Guru membuat rumusan- banyak atau sedikit jumlah cecair bergantung kepada bacaan isipadu dan bukan berdasarkan ketinggian atau besar bekas.
5. RUMUSAN
Topik isipadu cecair merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid sejak awal lagi. Oleh itu, guru perlu menggunakan aktiviti yang sesuai supaya murid dapat menguasai kemahiran tersebut, khasnya membanding beza antara isipadu cecair yang banyak dan sedikit. Guru perlu menekankan bahawa banyak atau sedikit sesuatu isipadu cecair bukan terletak pada bekas, tetapi bergantung kepada isipadu cecair tersebut. Maka untuk menentukan isipadu sesuatu cecair, murid boleh menggunakan bikar atau silinder penyukat, menggunakan unit standard iaitu liter atau mililiter.